Kegilaan facebook menjadi sudah menjadi satu trend di Malaysia. Penggunaannya yang popular dikalangan remaja sudah merebak di kalangan warga tua serta budak bawah umur. Jadi tidak hairanlah pada masa ini sesiapa yang tidak mempunyai akaun facebook dianggap ketinggalan zaman. Kalau di lihat kewujudan facebook hanya untuk berhibur mencari kawan-kawan lama yang terpisah tapi dengan kreativiti yang ada pada pengguna facebook ia boleh dijadikan medan mencari jodoh. Malahan lebih daripada itu, kepopularan facebook juga boleh memberikan pendapatan kepada penjual-penjual internet.
Antara faedah yang menguntungkan kita bila berfacebook ialah:
i. Kepada lelaki atau perempuan yang masih solo, anda berpeluang untuk mencari jodoh yang sesuai dengan anda melalui facebook.
ii. Sesiapa yang mempunyai otak bisnes, disinilah cabang untuk anda memasarkan apa-apa produk anda tidak kira sama ada ianya home made or factory made. Tag kan gambar produk anda kepada kawan-kawan anda seramai mungkin dan suruh lah kawan anda itu tag gambar tersebut kepada kawannya yang lain. Cara ini sangat berkesan kerana saya sendiri sudah menjadi pembeli cupcake di facebook.
iii. Untuk para blogger, anda boleh menggunakan facebook untuk menaikkan traffic blog anda dengan link kan blog anda di facebook. Sekiranya kawan anda di facebook ramai ia lagi membantu menaikkan traffic blog anda.
iv. Facebook juga membantu anda menyelesaikan masalah yang dah lama dipendam. Anda hanya perlu mencontengkan di wall apa masalah yang anda hadapi dan dalam masa tak sampai 10 minit pasti kawan-kawan anda akan memberikan jalan penyelesaian. Contohnya, saya tulis di wall saya; restoran mana masakan nya paling sedap di Shah Alam. Dalam masa 10 minit saya sudah dapat tujuh cadangan restoran. Sungguh mudah bukan!
v. Nak umum perkahwinan pun senang…..just upload kad undangan kat facebook and then tag jer kat semua member2…
No comments:
Post a Comment