Mujahid menceritakan bahawa iblis atau syaitan itu berkata,
“Aku tidak dapat dilemahkan oleh anak Adam pada tiga perkara:
Apabila seseorang itu mabuk, kami pun pegang talinya lalu kami
halau ke mana yang kami kehendaki. Dia bekerja untuk kami
menurut apa yang kami sukai.
Apabila orang itu marah, dia akan berkata apa yang tidak
diketahuinya dan melakukan sesuatu perkara yang disesalinya.
Dia seorang yang lokek terhadap apa juga miliknya dan
berangan-angan dengan sesuatu yang ia tidak mampu
Sementara itu, Abdullah bin Mas’ud berkata, “Perhatika
n sifat lemah-lembut seseorang ketika marah dan
perhatikan sifat amanahnya ketika dia rakus!
Pengajaran yang diperoleh daripada sifat
lemah-lembutnya apabila dia tidak marah dan
dengan sifat amanahnya apabila dia tidak rakus.”
No comments:
Post a Comment