BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Followers

Tuesday 7 June 2011

KEMAHIRAN BELAJAR DALAM KUMPULAN / STUDY GROUP FAEDAH BELAJAR DALAM KUMPULAN





1. Mudah faham
2. Seronok dan tidak bosan
3. Perkongsian bijak
4. Persaingan sihat
5 Aktif dan kreatif
6 Jimat masa dan tenaga
7. Saya bagus anda pun bagus


KUMPULAN IDEAL
AhIi yang berdisiplin dan bercita-cita tinggi
Berbagai mata pelajaran
Aktif dan bertanggungjawab
Rakan yang sesuai dan kelas yang sama
Tiga - lima orang
Serius dalam perbincangan dan tidak Iari dari topic
Sanggup bertanya dan mengakui kelebihan orang lain
Saling mendorong
Mempunyai ketua dan pencatat
Menetapkan matlamat / objektif / masa
Ketua kumpulan seorang setiausaha / Pencatat


PRASYARAT STUDY GROUP
1. Saiz kumpulan - 3 hingga 5 orang
2. Penyediaan topik perbincangan
3. Perbincangan tajuk
4. Penentuan masa, tempat dan tarikh
5. Tempoh masa perbincangan
6. Muafakat membawa berkat
7. Mengekalkan hubungan akrab
8. Dorongan yang tinggi


KITA AKAN INGAT SEBANYAK......
• 10% daripada apa yang kita baca.
• 20% daripada apa yang kita dengar.
• 35% daripada apa yang kita lihat.
• 50% daripada apa yang kita lihat & dengar.
• 70% daripada apa yang kita bincangkan.
• 80% daripada apa yang kita lakukan.
• 95% daripada apa yang kita ajar/beritahu orang lain.


TEKNIK BELAJAR DALAM KUMPULAN
1. Teknik kumpulan Bulatan
• Pelajar menjalankan aktiviti (beberapa orang duduk dalam bulatan)
• Bina bulatan satu di dalam bulatan kedua
• AhIi bulatan pertama diberi kata kunci
• Orang pertama dalam bulatan menyebut kata kunci
• Orang kedua menyebut kata kuncinya dan kata kunci orang pertama
• Lakukan aktiviti sama sehingga orang terakhir
• Seorang jaga masa
• AhIi bulatan sebelah dalam, lakukan aktiviti seperti
yang dilakukan oleh ahli bulatan pertama (masa
ditentukan)
• OIah kata kunci dalam bentuk yang gramatis
• Sediakan nota dan kata kunci
• Salin nota dalam kertas putih yang besar dan pamerkan
• Beri Ujian & semak ujian di kalangan ahli kumpulan


2. Taknik Bacaan
• Membaca, mengolah kata kunci dalam bentuk ayat yang ringkas, lengkap, gramatis, padat dan bermakna.
• Baca berulang untuk kefahaman dan ingatan
• Tulis ayat-ayat yang mengandungi kata kunci
tanpa merujuk kepada nota
• Jika dapat membentang tanpa melihat nota bermakna telah mencapai penguasaan.


3. Teknik Perbincangan Kumpulan
• Bina Kumpulan, guna buku teks / sumber lain
• Pilih tajuk dan Ketua kumpulan
• Guna kertas untuk mencatat
• Ketua arah ahIi baca buku teks/ sumber untuk
mendapatkan bahan ( baca berperingkat­ peringkat)
• Pencatat , mencatat kata kunci setelah dikenalpasti
• Baca bahan keseluruhan dan fakta sokongan
• Susun kata kunci dalam bentuk nota ringkas,
mudah , padat , bermakna, tepat, kemas dan menarik.
• Bincang untuk kemaskan lagi dengan menggunakan ayat yang gramatis
• Baca nota itu berulang-ulang secara perseorangan
• JaIani ujian. Ahli kumpulan semak jawapan ujian.


4. Teknik mendengar dan mencatat
• Bersedia mendengar bahan lisan, Buat catatan
kata kunci dan fakta sokongan dalam kertas
latihan
• Fasilitator membentang bahan
• Ahli di bawah 10 orang
• Selaras catatan yang dibuat oleh ahli kumpulan
• Bincang dan susun kata kunci yang diselaraskan
dalam bentuk nota yang kemas, mudah,
bermakna dan tepat (buat di kertas)
• Salin nota dalam kertas putih
• Latihan membaca nota berulang-ulang
• Bincang kekuatan dan kelemahan teknik
• Pilih pasangan dalam kumpulan
• Buat ujian secara berpasangan
• Periksa ujian oleh kumpulan


5. Teknlk Pengajaran Sebaya
• Konsep: bantu kawan dan mahir diri
• Ahli yang mahir bertindak sebagai pengajar
kepada rakan lain.
• Mengajar sehingga rakan dapat menguasai tajuk
perbincangan dengan baik

MAKNA KUMPULAN
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

No comments:

Post a Comment